SATU: BELAJAR BERSAMA-SAMA.

Ramai orang suka belajar fotografi. Adakah anda juga suka belajar fotografi? Blog ini adalah tempat saya berkongsi pengalaman fotografi - Amien.

DUA: TANGKAP FOTO YANG CANTIK.

Bila sudah ada ilmu, kita akan dapat tangkap gambar yang cantik.

TIGA: PUAS HATI DAN RASA SERONOK.

Semua orang akan rasa puas hati bila dapat tangkap gambar yang cantik.

EMPAT: BINCANG DAN BERTUKAR-TUKAR PANDANGAN

Setiap jurugambar memiliki pandangan yang berbeza tentang gambar yang mereka ambil. Mungkin kita boleh berbincang dari pelbagai prinsip dan teknik?

LIMA: KERJASAMA BERPASUKAN

Setiap jurugambar memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau mereka bekerjasama dan saling menghargai antara satu-sama lain, hasilnya tentu lebih menarik!

Friday, April 29, 2011

Assignment 3-Graphics Design (Poster/Books Cover)

PROSES PENYUNTINGAN IMEJ KULIT BUKU
TEORI WARNA – PENDIDIKAN SENI VISUAL.
ADOBE PHOTOSHOP 7.

NOTA: Fail imej yang besar telah diubah saiznya bagi memudahkan tujuan upload. Untuk menghasilkan kulit buku ini, saya menggunakan konsep BALANCE atau Keseimbangan.


PERSEDIAAN AWAL:
Pertama imej yang hendak dihasilkan ialah bersaiz A3 – 29.7 cm x 42 cm dan hendak dicetak, maka imej perlulah diset kepada 300 dpi untuk kualiti cetakan yang cantik dan mod warna CMYK untuk penyelarasan warna pencetak.

Seterusnya barulah imej diproses dengan menggunakan kesan-kesan khas di dalam Adobe PHOTOSHOP 7.

Saya menggunakan Adobe Photoshop 7 kerana computer saya adalah model lama dan keupayaannya tidak menyokong versi-versi terkini Adobe Photoshop.


TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM PENGHASILKAN KULIT BUKU:
Bevel & Emboss, Gradient, Manipulasi Hue/Saturation, Marquee Tool.


PENERANGAN TENTANG CARA-CARA PENGHASILAN IMEJ:

IMEJ BULATAN
Saya banyak berekperimentasi dalam penghasilan kesan khas. Imej untuk bulatan merah, kuning dan biru adalah menggunakan gambar-gambar yang diambil sendiri, dan dengan menggunakan Elliptical Marquee Tool, imej dipotong (CUT) dan kemudian proses desaturated dilaksanakan. Melalui opsyen Hue/Saturation, saya mengaktifkan fungsi Colorize supaya keseluruhan warna imej adalah berbentuk satu warna, iaitu sama ada kuning, merah, atau biru dan sebagainya. Kemudian saya menggunakan Blending Option di dalam opsyen Layer untuk mewujudkan Stroke atau garisan di luar imej bulatan tersebut. Sekali lagi ketiga-tiga imej berbentuk bulat di’flatten image’kan untuk menghasilkan satu objek baru dengan lapisan stroke yang menyeluruh. Kombinasi imej bulatan yang disatukan melalui proses persilangan atau intersection (SET) digunakan bagi menjelaskan konsep buku ini iaitu TEORI WARNA. Menurut teori warna, kombinasi warna asas kuning dan warna asas merah akan menghasilkan jingga, merah + biru = ungu, kuning + biru = hijau dan sebagainya.

TEKS:
Untuk teks, saya menggunakan Gradient sebagai kesan khas. Kombinasi warna. Tujuh warna pelangi digunakan bagi menguatkan lagi mesej kulit buku berkenaan warna-warna yang terdapat di alam ini.

KULIT BUKU:
Satu jalur lebar berwarna pelangi digunakan untuk menguatkan lagi penerangan konsep tentang judul buku ini. Saya menggunakan opsyen Bevel dan Emboss untuk mewujudkan kesan timbul pada kulit buku. Kulit buku dan teks ada menggunakan warna putih dan hitam sebagai penggenap terhadap tujuh warna pelangi yang sedia ada.

TUGASAN 2 - IMAGE MANIPULATION

PROSES PENGHASILAN IMEJ MENGGUNAKAN KESAN KHAS MENERUSI
ADOBE PHOTOSHOP 7
VISUAL TECHNOLOGY PRODUCTION (MPT1483)

Untuk menghasilkan imej ini saya menggunakan ADOBE PHOTOSHOP 7. Semua hasil kerja saya di dalam tugasan 2 menggunakan Adobe Photoshop 7 kerana computer saya tidak berkemampuan untuk menampung perisian-perisian baru selain saiz cakera keras (hard-disk) yang kecil. Malah seringkali scratch-disk atau memori sementara yang digunakan untuk Photoshop penuh dan ini menyebabkan saya terpaksa mengosongkan memori yang dipinjam untuk kegunaan perisian ini, (memory clearance) bagi membolehkan kerja-kerja penyuntingan diteruskan. Mencabar dan memang menguji kesabaran. Pada masa akan datang, proses upgrade hardware perlu dilakukan sekiranya saya mahu melakukan kerja-kerja seperti ini lagi seperti memberi cakera keras yang lebih besar ruang kapasitinya.

Proses menghasilkan imej yang besar memakan masa yang agak lama, oleh itu semua imej asal yang saya hasilkan dalam tugasan 2, dikecilkan terlebih dahulu bagi mengurangkan tempoh masa menyiapkan tugasan kerana komitmen saya dalam kerja-kerja yang lain.

Langkah demi langkah untuk menghasilkan setiap satu imej di bawah juga boleh mencecah dari berbelas ke berpuluh-puluh langkah, maka apa yang dapat saya ceritakan ini adalah teknik-teknik yang dilibatkan dalam proses penghasilan imej. Kebanyakan teknik sama ada dirujuk menerusi pelbagai sumber atau melalui proses eksperimentasi sendiri.

Kadang-kadang secara tidak sengaja, terjumpa teknik yang dapat menghasilkan sesuatu yang menarik.

TAJUK: THE PRESIDENT
TEMA: POTRET

TEKNIK YANG DIGUNAKAN:
Quick Mask, Select Inverse, Brush, Filter (Noise: Median), Layer, Marquee Tool, Selective Colour, Replace Colour, Hue/Saturation



TAJUK: MIMPI NGERI 1 dan 2
TEMA: Seram

TEKNIK YANG DIGUNAKAN:

IMEJ KIRI: Wajah ditorek
Overlay, Soft Light, Desaturation

IMEJ KANAN: Wajah membengkak
Colorize, Soft Light

TEKS:
Soft Light, Hard Light


TAJUK: ROH WAKTU MALAM
TEMA: Seram

TEKNIK YANG DIGUNAKAN:

FOTO:
Desaturation, Marque, Layer, Gradient, Layer, Overlay, Colorize, Hue/Saturation, Color Dodge, Luminosity, Motion Blur

TEKS:
Gradient, Inner Glow, Outer Glow, Inner Shadow, Gradient Overlay, Color Overlay, Satin



TAJUK: BERSATU MENUJU KEJAYAAN
TEMA: Poster Motivasi

TEKNIK YANG DIGUNAKAN:

FOTO:
Image Adjustment: Threshold, Curves
Blending Option: Drop Shadow, Gradient, Overlay

TEKS:
Colour Overlay, Stroke


TAJUK: LANTAI
TEMA: Poster Filem

TEKNIK YANG DIGUNAKAN:

FOTO:
Layer demi layer: Overlay, Hard Light, Linear Burn
Filter: High Past

TEKS:
FONT: BIRTH OF A HERO
Drop Shadow, Pattern Overlay


TAJUK: AMIEN’S NEPHEW
TEMA: POTRET HITAM PUTIH

TEKNIK YANG DIGUNAKAN:

FOTO:
Image Adjustment: Curve
Filter: High Pass
Desaturation

TEKS:
Blending Option: Gradient, Drop Shadow, Outer Glow, Inner Glow, Colour Overlay, Stroke

Wednesday, March 16, 2011

Case Study 3 - The Horrible DPI Mistake

Here's the scenario - a print shop/graphics designer/magazine asks a client for a photo at 300 dpi. They wish to print ito ut 7" x 5". The client already has a beautiful digital photo with pixel dimension of 2048 x 1536. The client notices that the photo editing software is showing that the photo is set to 72 dpi. So, following orders, the client types in 300 to reset the dpi to 300. In doing so the image is resampled and is enlarged over 4 times to pixel dimensions of 8533 x 6400. The client sends this enlarged 300 dpi photo. The print shop/graphics designer/magazine rejects it (too grainy, too colour blotched). The client is crushed.

The sad thing is that the client already had the perfect photo (2048 x 1536 @ 72 dpi) which would have been beautifully printed at 7" x 5" ...


ANSWER:
EXPLAIN DPI, PPI, and resample.

DOT PER INCH (printer pakai dot per inch)
PIXEL PER INCH (monitor pakai pixel per inch)

Don't resample the image, just increase the DPI. To do this, the client need to unclick the resample image option in the Image Size Window.

If the print shop designer said he cannot print the image because the image is too small, his printer model must be out of date. He must change his printer to a latest model.


Cara kiraan Document size

pixel
WIDTH = 230 pixels
HEIGHT = 344 pixels

Document Size
WIDTH = 3.194 inches
HEIGHT = 4.778 inches

Resolution = 72 PPI or pixel/inches

Document Size Width: 3.194 inches = 230 bahagi 72

NO RESAMPLE (resample unclicked)

Kesimpulan:
DPI is nothing to do with digital image resolution or quality

Week 11 - Action Script

action script...

Saya tidak pernah guna action script, tetapi apa yang saya tahu sekarang ia adalah mengenai teknik auto untuk menyunting imej.

Berguna untuk mempercepat dan menyenangkan proses menyunting imej dengan kaedah penyuntingan yang sama berulangkali tanpa perlu mengulangi langkah demi langkah untuk satu-satu imej. Pendek kata, ia memudahkan proses menghasilkan foto album atau penyuntingan majalah/buku dengan format rekabentuk yang telah ditetapkan secara auto.

Apa pun, untuk tujuan seni, action script bukanlah sesuatu yang menarik kerana ia adalah automatik.

Wednesday, February 23, 2011

WEEK 7 - Adobe Photoshop CS3

LIVE NOTE during kuliah - ditaip semasa kuliah dalam makmal komputer.

Resolution: 72 dpi best resolution for image to publish for website
72 dpi is the best for Adobe Photoshop,
300 dpi is for printing.

Reflection pada skrin komputer, glossy paper, luminate paper menyebabkan mata kita tertipu dengan reflection pada bahan-bahan tersebut yang buat gambar nampak cantik.

Colour Mode: CYMK vs RGB
Kalau nak print, pakai CYMK sebab printer kita guna CYMK.

Kalau kita pakai RGB, kemungkinan dekat skrin merah jambu, bila print merah saga, tetapi depend on printer juga.

TRANSPARENT GIF
gambar image yang background dia transparent, background dia ikut background colour yang sedia ada.

WIDTH AND HEIGHT
Width x Height, Dr. Zaidatun guna 500 x 400 untuk dalam makmal.

PIXEL SETTING AND DOCUMENT SIZE

kes-kes seperti size image macam ini, berapa percentage size dia? akan ada dalam test.





Tuesday, February 1, 2011

Galeri Foto: Semasa Balik Ke Kampung

Semasa singgah di sebuah masjid di sekitar daerah Rompin, aku sempat merakam kubah masjid ini. Apa nama masjid ni aku dah lupa. Waktu ni tengah hari, cuaca cerah. Oleh sebab aku dah tahu bila nilai shutter speed adalah tinggi, gambar akan jadi gelap, jadi aku cuba tingkatkan nilai Shutter Speed supaya gambar tak terlalu cerah. Hasilnya adalah gambar seperti di bawah ini.

ISO 100, Aperture= f/5.6, Exposure Time= 1/320s
Exposure Program: Manual

ISO 100, Aperture= f/5.6, Exposure Time= 1/320s
Exposure Program: Manual

Galeri Foto: Sebelum Balik Ke Kampung

Gambar-gambar ni aku kategorikan sebagai gambar bokeh. Gambar-gambar ni aku balik beberapa jam sebelum aku berangkat pulang ke kampung. Waktu ni pagi lagi, dalam pukul 9.00 pagi kalau tak silap aku. Kamera yang aku gunakan, macam biasa, Nikon D3000. Beginner DSLR.

ISO 100, Aperture= f/5.6, Exposure Time= 1/125s,
Exposure Program: Manual

ISO 100, Aperture= f/5.6, Exposure Time= 1/400s,
Exposure Program: Aperture Priority

ISO 100, Aperture= f/5.6, Exposure Time= 1/400s
Exposure Program: Aperture Priority

ISO 100, Aperture= f/5.6, Exposure Time= 1/125s
Exposure Program: Manual

ISO 100, Aperture= f/5.6, Exposure Time= 1/1250s
Exposure Program: Aperture Priority

ISO 100, Aperture= f/5.6, Exposure Time= 1/250s
Exposure Program: Aperture Priority


ISO 100, Aperture= f/5.6, Exposure Time= 1/125s
Exposure Program: Manual

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...