SATU: BELAJAR BERSAMA-SAMA.

Ramai orang suka belajar fotografi. Adakah anda juga suka belajar fotografi? Blog ini adalah tempat saya berkongsi pengalaman fotografi - Amien.

DUA: TANGKAP FOTO YANG CANTIK.

Bila sudah ada ilmu, kita akan dapat tangkap gambar yang cantik.

TIGA: PUAS HATI DAN RASA SERONOK.

Semua orang akan rasa puas hati bila dapat tangkap gambar yang cantik.

EMPAT: BINCANG DAN BERTUKAR-TUKAR PANDANGAN

Setiap jurugambar memiliki pandangan yang berbeza tentang gambar yang mereka ambil. Mungkin kita boleh berbincang dari pelbagai prinsip dan teknik?

LIMA: KERJASAMA BERPASUKAN

Setiap jurugambar memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau mereka bekerjasama dan saling menghargai antara satu-sama lain, hasilnya tentu lebih menarik!

Wednesday, January 26, 2011

PRAKTIKAL 2: Shutter Speed - Fast VS Slow

Praktikal 2 terdiri daripada dua bahagian, pertama mengambil gambar dengan menggunakan setting Mod A (Aperture Priority) dan Mod S (Shutter Speed Priority). Kalau dalam pos sebelumnya aku ada letakkan gambar-gambar yang diambil dengan nilai Aperture yang berbeza, kali ini pula aku letakkan dengan nilai Shutter Speed yang berbeza. Memandangkan hari ini hujan, maka aku memanfaatkan sumber semula jadi iaitu air hujan yang turun mengalir dari tempat-tempat tertentu sebagai bahan eksperimen.

Untuk mengambil gambar dengan nilai Shutter Speed yang bermula berkelajuan 1/4000 saat, aku jadikan nilai ISO 3200 sebagai pemalar. Imejnya walau bagaimana pun terdapat banyak noise atau grain. Berikut adalah beberapa keping gambar yang aku muat naik (upload) dari kamera DSLR aku. Aku tak boleh upload semua sebab nanti susah nak buka page ni. Apa yang penting di sini ialah untuk fahami konsep nilai dalam Shutter Speed terhadap imej yang dihasilkan dari segi pembekuan pergerakan objek. Gambar yang dipaparkan di bawah ini bermula dari Fast Shutter Speed Image ke Slow Shutter Speed Image.

ISO 3200, Aperture f/5.6, Exposure Time: 1/2500s

ISO 3200, Aperture f/5.6, Exposure Time: 1/1000s

ISO 3200, Aperture f/10, Exposure Time: 1/250s

ISO 3200, Aperture f/16, Exposure Time: 1/100s

ISO 3200, Aperture f/20, Exposure Time: 1/60s

ISO 3200, Aperture f/25, Exposure Time: 1/40s

ISO 3200, Aperture f/36, Exposure Time: 1/15s

ISO 3200, Aperture f/36, Exposure Time: 1/6s

Perkara yang dapat aku lihat dengan jelas menerusi praktikal menggunakan Mod Shutter Speed Priority ini ialah, semakin perlahan shutter speed, semakin cerah atau semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke imej. Semakin laju shutter speed, maka semakin jelas objek bergerak dapat ditangkap atau dibekukan.

PRAKTIKAL 2: Aperture - Large VS Small

Untuk praktikal kali ini, aku diminta untuk mengambil gambar menggunakan Mod (A) Aperture dan setting nilai aperture rendah dan tinggi, serta untuk Mod (S) Shutter Speed setting nilai shutter speed atau exposure time rendah dan tinggi untuk mengambil gambar. Pos untuk Praktikal 2 ini aku pecahkan kepada dua bahagian iaitu PRAKTIKAL 2: Aperture dan PRAKTIKAL 2: Shutter Speed. Jadi pos yang ini adalah berkenaan Mod (A), Aperture.

ISO 200, Aperture=f/5.6, Exposure Time=1/40s

ISO 200, Aperture=f/36, Exposure Time=1/1s

ISO 200, Aperture f/5.6, Exposure Time 1/20s

ISO 200, Aperture=f/5.6, Exposure Time=1.6s

Kesimpulannya di sini, apabila menggunakan setting Mod Aperture Priority, imej yang diambil dengan menggunakan mod f/5.6 lebih jelas dan ada bokeh berbanding dengan mod f/36 yang menghasilkan imej yang kabur dan menyakitkan mata. Macam orang rabun dekat.

Depth of field dan aperture saling berkait. Aperture dan bokeh ada kaitan.

KULIAH 4: Light and Lighting

Week 4:
Light and Lighting

* The sources and effect
* Controlling and manipulating
* Natural and available light
* Artificial and Flash Lighting


Shooting Techniques and Tips

* Image composition
* Theme and Moods
* Shooting Techniques

Pada minggu ini, juga sekali lagi latihan praktikal menggunakan kamera DSLR dibuat. Latihan kali ini bertujuan melihat perbezaan antara nilai tinggi dan nilai rendah bagi Shutter Speed dan Aperture. Tulisan selanjutnya boleh ditemui di ruangan Praktikal.

Minggu ini juga ada kuiz berkenaan ISO, Aperture, Shutter Speed dan White Balance.

Thursday, January 20, 2011

KULIAH 3: Terms In Photography That You Need To Know

Saya cuba dapatkan maksud perkataan-perkataan ini daripada Wikipedia.com.

BOKEH
The term comes from the Japanese word boke, which means "blur" or "haze", or boke-aji, the "blur quality". The Japanese term boke is also used in the sense of a mental haze or senility.

Pendek kata, apabila kita ambil gambar satu-satu objek, latar belakang dia akan jadi kabur. Itu maksudnya gambar tersebut ada bokeh. Tapi kalau objek yang diambil kabur, dan latar belakangnya jelas, itu macam mana pula? Itu maksudnya tersalah teknik. Ha. Ha. Ha.


APERTURE
Tentang aperture, kita sebut Large Aperture dan Small Aperture. Mari kita rujuk apa Wikipedia.com sebut mengenai aperture ni.

In optics, an aperture is a hole or an opening through which light travels

Diagram of decreasing aperture sizes (increasing f-numbers)
for "full stop" increments (factor of two aperture area per stop)
Kredit: Wikipedia.com

Contoh nilai aperture: f/1.4, f/3.5, f/5.6. Kalau mahu dapat gambar yang ada bokeh atau latar belakangnya kabur, guna aperture bernilai kecil. Dengar kata, lensa yang ada nilai f kecil, harganya mahal.


SHUTTER SPEED
Kalau dah sebut tentang speed atau kelajuan, tentulah kita sebut fast shutter speed dan slow shutter speed.

In photography, shutter speed is a common term used to discuss exposure time, the effective length of time a camera's shutter is open. The total exposure is proportional to this exposure time, or duration of light reaching the film or image sensor.

Kita tak perlu pening-pening dengan penerangan di atas. Mudah sahaja nak faham tentang shutter speed ni. Nilai shutter speed ni biasanya disukat menggunakan saat.

Contoh 1 saat, 1/20 saat, 1,200 saat dan 1/1000 saat.

Kita semua tentu dah belajar konsep pecahan dalam Matematik kan? Kalau 1/1000 maksudnya pengangka dia ialah satu, dan penyebutnya pula ialah 1000.

Dalam kes ini, semakin besar nilai penyebut, maka semakin cepatlah iris satu-satu kamera tu tertutup.

Kalau kita nak bekukan imej objek yang sedang bergerak pantas, kita guna shutter speed bernilai 1/1000 saat dan bukan 1 saat atau 1/20 saat. Macam itulah lebih kurang konsep shutter speed dalam fotografi ni.


WHITE BALANCE
Kadang-kadang bila kita ambil gambar, warna di dalam gambar yang kita ambil tak sama dengan warna sebenar. Itu maksudnya White Balance kita ada masalah. Untuk betulkan White Balance ni, biasanya kita akan cuba ambil gambar kertas A4 yang berwarna putih, dan kemudian gunakan imej gambar kertas A4 itu sebagai White Balance kita. Kalau kita tengok dalam D3000 kita, kita boleh tengok tentang setting White Balance ni. Ada tungsten, cloudy, shade, fluorescent, dailight dan sebagainya. Ada warmer dan cooler. Penggunaan White Balance yang tertentu akan menimbulkan perasaan atau suasana yang tertentu dalam gambar foto yang kita ambil.

ISO
International Organization of Standardisation. Used to indicate the light sensitivity of a film. Digital cameras also use the ISO rating to indicate the CCD sensitivity. ISO measures the sensitivity of the image sensor.

The lower the number the less sensitive your camera is to light and the finer the grain. Higher ISO settings are generally used in darker situations to get faster shutter speeds (for example an indoor sports event when you want to freeze the action in lower light) – however the cost is noisier shots.

Boleh kata, ISO ini ilmu tahap tinggi dalam DSLR bagi seorang beginner. Standard normal bagi ISO ialah 100, 200, 400, 800, 1600 dah sebagainya.

100 - Untuk cuaca cerah
400 - Untuk dalam bangunan
800 - Malam

Pendek kata, kalau kita ambil gambar dalam suasana persekitaran yang cerah, kita guna ISO bernilai rendah iaitu 100, dan kalau kita mahu ambil gambar dalam suasana gelap, kita guna ISO bernilai tinggi, katakan 800 atau 1600.

Kalau gambar ISO rendah, gambar kita akan jadi cantik tanpa Noise atau Grain. Kalau gambar yang kita ambil kita guna ISO tinggi, akan wujud Noise atau Grain.

Sumber rujukan:
Wikipedia.com

Bulb Mode - Light Painting

Gambar ni aku ambil pada waktu malam dengan menggunakan Bulb Mode.
Aku tengah cuba buat huruf V for Vendetta.

Wednesday, January 19, 2011

Interesting Fact About Bokeh

I found a good site about bokeh.
  1. The more extreme bokeh you can get is 600mm f/4.
  2. 400mm f/5.6 and the 200mm f/2.8 has similar bokeh to the awesome 85mm f/1.2
  3. 100mm f/2 has greater bokeh than 50mm f/1.2
  4. 200mm f/2.8 has greater bokeh than 135mm f/2
  5. Its expensive to get super bokeh with diameters of over 100mm
Its easier to increase focal length to get more bokeh than it is to increase aperture size.

The 200mm f/2.8 probably has the best bokeh per dollar.

And the 85mm f/1.2 has more bokeh than 135mm f/2


Here's some interesting facts that came out of this table:
http://forums.dpreview.com/forums/readflat.asp?forum=1029&message=29249934&changemode=1

Galeri Foto 2 - Sekitar UTM 19.12011

Dalam perjalanan balik.

Tong Sampah.

Kereta.

Dulu, ada orang ingat ini menara Disneyland.

Guni-guni sampah.

Sampah-sampah di dalam guni.

Tanah bukit asal UTM.

Bangku kayu.

Tempat berteduh.

Kereta yang cantik.

Kereta yang cantik lagi.

Chopper.

Bangunan Fakulti Sains dari Fakulti Pendidikan.

Galeri Foto - Kawan-Kawan, Lecture, Cik Presiden dan Pelbagai Object

Dr. Zaidatun dan Cik Presiden.

Sesi Perbincangan.





Umat manusia.



Cikgu Permas Jaya 2.

Framing.



Fokus.


PRAKTIKAL 1: 'Bokeh'

Minggu ini, untuk subjek Visual Technology Production, ada praktikal menggunakan kamera DSLR. Semua pelajar dikehendaki menggunakan setting M (Manual), untuk ambil gambar yang ada bokeh. Kamera yang aku gunakan ialah Nikon D3000. Lensa 18-55mm, 1:3.5-5.6.

Pertama, aku ingin merakamkan ucapan terima kasih aku kepada En. Fuad sebab banyak bagi tunjuk ajar kepada aku pada hari itu. Di bawah ini ialah gambar En. Fuad. Beginilah suasana di dalam bilik studio.

Shutter Speed: 1/25s, Aperture: f/5.6 ISO: 200.

Asalnya aku hendak low profile, tapi sebab dah ada beberapa orang pelajar tanya aku macam mana nak guna DSLR, maka aku pun wajiblah memberi tunjuk ajar kepada mereka. Aku pun pelajar juga.

Dalam mengambil gambar untuk kali ini, aku cuba bereksperimen untuk mengambil koleksi gambar yang ada bokeh dengan perbezaan Exposure Time atau Shutter Speed. Berikut adalah antara hasil gambar yang berjaya dirakamkan pada hari itu:

ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/200s

ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/200s

ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/160s

ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/40s

Seterusnya aku membuat kajian dan eksperimen antara ISO dengan Aperture, dan ISO dengan Exposure Time menerusi tiga keping gambar di bawah. Antara gambar pertama dan kedua di bawah, aku menjadikan ISO sebagai pemalar, dan Exposure Time sebagai pemboleh ubah, manakala untuk gambar kedua dan ketiga di bawah pula, aku menjadikan ISO sebagai pemalar tetapi kali ini nilai Aperture sebagai pemboleh ubah.


ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/25s

ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/15s

ISO 200, Aperture: f/22, Exposure Time: 1/15s

Perhatikan antara dua keping gambar di atas, apabila nilai Aperture ditingkatan dari 5.6 ke 22, gambar menjadi semakin gelap, biarpun tak ada perubahan dari segi exposure time. Begitu juga dengan nilai shutter speed menerusi exposure time. Semakin perlahan, semakin cerah.

Dari segi kebokehan (wujudkan istilah ini?) aku dapati antara nilai f/22 dengan nilai f/5.6, objek dalam gambar dengan nilai f/5.6 mempunyai kadar kebokehan yang lebih tinggi. Bandingkan antara gambar kedua dengan gambar ketiga di atas, latar belakang gambar kedua ternyata lebih kabur berbanding gambar ketiga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...