SATU: BELAJAR BERSAMA-SAMA.

Ramai orang suka belajar fotografi. Adakah anda juga suka belajar fotografi? Blog ini adalah tempat saya berkongsi pengalaman fotografi - Amien.

DUA: TANGKAP FOTO YANG CANTIK.

Bila sudah ada ilmu, kita akan dapat tangkap gambar yang cantik.

TIGA: PUAS HATI DAN RASA SERONOK.

Semua orang akan rasa puas hati bila dapat tangkap gambar yang cantik.

EMPAT: BINCANG DAN BERTUKAR-TUKAR PANDANGAN

Setiap jurugambar memiliki pandangan yang berbeza tentang gambar yang mereka ambil. Mungkin kita boleh berbincang dari pelbagai prinsip dan teknik?

LIMA: KERJASAMA BERPASUKAN

Setiap jurugambar memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau mereka bekerjasama dan saling menghargai antara satu-sama lain, hasilnya tentu lebih menarik!

Friday, April 29, 2011

Assignment 3-Graphics Design (Poster/Books Cover)

PROSES PENYUNTINGAN IMEJ KULIT BUKU
TEORI WARNA – PENDIDIKAN SENI VISUAL.
ADOBE PHOTOSHOP 7.

NOTA: Fail imej yang besar telah diubah saiznya bagi memudahkan tujuan upload. Untuk menghasilkan kulit buku ini, saya menggunakan konsep BALANCE atau Keseimbangan.


PERSEDIAAN AWAL:
Pertama imej yang hendak dihasilkan ialah bersaiz A3 – 29.7 cm x 42 cm dan hendak dicetak, maka imej perlulah diset kepada 300 dpi untuk kualiti cetakan yang cantik dan mod warna CMYK untuk penyelarasan warna pencetak.

Seterusnya barulah imej diproses dengan menggunakan kesan-kesan khas di dalam Adobe PHOTOSHOP 7.

Saya menggunakan Adobe Photoshop 7 kerana computer saya adalah model lama dan keupayaannya tidak menyokong versi-versi terkini Adobe Photoshop.


TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM PENGHASILKAN KULIT BUKU:
Bevel & Emboss, Gradient, Manipulasi Hue/Saturation, Marquee Tool.


PENERANGAN TENTANG CARA-CARA PENGHASILAN IMEJ:

IMEJ BULATAN
Saya banyak berekperimentasi dalam penghasilan kesan khas. Imej untuk bulatan merah, kuning dan biru adalah menggunakan gambar-gambar yang diambil sendiri, dan dengan menggunakan Elliptical Marquee Tool, imej dipotong (CUT) dan kemudian proses desaturated dilaksanakan. Melalui opsyen Hue/Saturation, saya mengaktifkan fungsi Colorize supaya keseluruhan warna imej adalah berbentuk satu warna, iaitu sama ada kuning, merah, atau biru dan sebagainya. Kemudian saya menggunakan Blending Option di dalam opsyen Layer untuk mewujudkan Stroke atau garisan di luar imej bulatan tersebut. Sekali lagi ketiga-tiga imej berbentuk bulat di’flatten image’kan untuk menghasilkan satu objek baru dengan lapisan stroke yang menyeluruh. Kombinasi imej bulatan yang disatukan melalui proses persilangan atau intersection (SET) digunakan bagi menjelaskan konsep buku ini iaitu TEORI WARNA. Menurut teori warna, kombinasi warna asas kuning dan warna asas merah akan menghasilkan jingga, merah + biru = ungu, kuning + biru = hijau dan sebagainya.

TEKS:
Untuk teks, saya menggunakan Gradient sebagai kesan khas. Kombinasi warna. Tujuh warna pelangi digunakan bagi menguatkan lagi mesej kulit buku berkenaan warna-warna yang terdapat di alam ini.

KULIT BUKU:
Satu jalur lebar berwarna pelangi digunakan untuk menguatkan lagi penerangan konsep tentang judul buku ini. Saya menggunakan opsyen Bevel dan Emboss untuk mewujudkan kesan timbul pada kulit buku. Kulit buku dan teks ada menggunakan warna putih dan hitam sebagai penggenap terhadap tujuh warna pelangi yang sedia ada.

TUGASAN 2 - IMAGE MANIPULATION

PROSES PENGHASILAN IMEJ MENGGUNAKAN KESAN KHAS MENERUSI
ADOBE PHOTOSHOP 7
VISUAL TECHNOLOGY PRODUCTION (MPT1483)

Untuk menghasilkan imej ini saya menggunakan ADOBE PHOTOSHOP 7. Semua hasil kerja saya di dalam tugasan 2 menggunakan Adobe Photoshop 7 kerana computer saya tidak berkemampuan untuk menampung perisian-perisian baru selain saiz cakera keras (hard-disk) yang kecil. Malah seringkali scratch-disk atau memori sementara yang digunakan untuk Photoshop penuh dan ini menyebabkan saya terpaksa mengosongkan memori yang dipinjam untuk kegunaan perisian ini, (memory clearance) bagi membolehkan kerja-kerja penyuntingan diteruskan. Mencabar dan memang menguji kesabaran. Pada masa akan datang, proses upgrade hardware perlu dilakukan sekiranya saya mahu melakukan kerja-kerja seperti ini lagi seperti memberi cakera keras yang lebih besar ruang kapasitinya.

Proses menghasilkan imej yang besar memakan masa yang agak lama, oleh itu semua imej asal yang saya hasilkan dalam tugasan 2, dikecilkan terlebih dahulu bagi mengurangkan tempoh masa menyiapkan tugasan kerana komitmen saya dalam kerja-kerja yang lain.

Langkah demi langkah untuk menghasilkan setiap satu imej di bawah juga boleh mencecah dari berbelas ke berpuluh-puluh langkah, maka apa yang dapat saya ceritakan ini adalah teknik-teknik yang dilibatkan dalam proses penghasilan imej. Kebanyakan teknik sama ada dirujuk menerusi pelbagai sumber atau melalui proses eksperimentasi sendiri.

Kadang-kadang secara tidak sengaja, terjumpa teknik yang dapat menghasilkan sesuatu yang menarik.

TAJUK: THE PRESIDENT
TEMA: POTRET

TEKNIK YANG DIGUNAKAN:
Quick Mask, Select Inverse, Brush, Filter (Noise: Median), Layer, Marquee Tool, Selective Colour, Replace Colour, Hue/Saturation



TAJUK: MIMPI NGERI 1 dan 2
TEMA: Seram

TEKNIK YANG DIGUNAKAN:

IMEJ KIRI: Wajah ditorek
Overlay, Soft Light, Desaturation

IMEJ KANAN: Wajah membengkak
Colorize, Soft Light

TEKS:
Soft Light, Hard Light


TAJUK: ROH WAKTU MALAM
TEMA: Seram

TEKNIK YANG DIGUNAKAN:

FOTO:
Desaturation, Marque, Layer, Gradient, Layer, Overlay, Colorize, Hue/Saturation, Color Dodge, Luminosity, Motion Blur

TEKS:
Gradient, Inner Glow, Outer Glow, Inner Shadow, Gradient Overlay, Color Overlay, Satin



TAJUK: BERSATU MENUJU KEJAYAAN
TEMA: Poster Motivasi

TEKNIK YANG DIGUNAKAN:

FOTO:
Image Adjustment: Threshold, Curves
Blending Option: Drop Shadow, Gradient, Overlay

TEKS:
Colour Overlay, Stroke


TAJUK: LANTAI
TEMA: Poster Filem

TEKNIK YANG DIGUNAKAN:

FOTO:
Layer demi layer: Overlay, Hard Light, Linear Burn
Filter: High Past

TEKS:
FONT: BIRTH OF A HERO
Drop Shadow, Pattern Overlay


TAJUK: AMIEN’S NEPHEW
TEMA: POTRET HITAM PUTIH

TEKNIK YANG DIGUNAKAN:

FOTO:
Image Adjustment: Curve
Filter: High Pass
Desaturation

TEKS:
Blending Option: Gradient, Drop Shadow, Outer Glow, Inner Glow, Colour Overlay, Stroke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...