SATU: BELAJAR BERSAMA-SAMA.

Ramai orang suka belajar fotografi. Adakah anda juga suka belajar fotografi? Blog ini adalah tempat saya berkongsi pengalaman fotografi - Amien.

DUA: TANGKAP FOTO YANG CANTIK.

Bila sudah ada ilmu, kita akan dapat tangkap gambar yang cantik.

TIGA: PUAS HATI DAN RASA SERONOK.

Semua orang akan rasa puas hati bila dapat tangkap gambar yang cantik.

EMPAT: BINCANG DAN BERTUKAR-TUKAR PANDANGAN

Setiap jurugambar memiliki pandangan yang berbeza tentang gambar yang mereka ambil. Mungkin kita boleh berbincang dari pelbagai prinsip dan teknik?

LIMA: KERJASAMA BERPASUKAN

Setiap jurugambar memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau mereka bekerjasama dan saling menghargai antara satu-sama lain, hasilnya tentu lebih menarik!

Showing posts with label Praktikal. Show all posts
Showing posts with label Praktikal. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

PRAKTIKAL 2: Shutter Speed - Fast VS Slow

Praktikal 2 terdiri daripada dua bahagian, pertama mengambil gambar dengan menggunakan setting Mod A (Aperture Priority) dan Mod S (Shutter Speed Priority). Kalau dalam pos sebelumnya aku ada letakkan gambar-gambar yang diambil dengan nilai Aperture yang berbeza, kali ini pula aku letakkan dengan nilai Shutter Speed yang berbeza. Memandangkan hari ini hujan, maka aku memanfaatkan sumber semula jadi iaitu air hujan yang turun mengalir dari tempat-tempat tertentu sebagai bahan eksperimen.

Untuk mengambil gambar dengan nilai Shutter Speed yang bermula berkelajuan 1/4000 saat, aku jadikan nilai ISO 3200 sebagai pemalar. Imejnya walau bagaimana pun terdapat banyak noise atau grain. Berikut adalah beberapa keping gambar yang aku muat naik (upload) dari kamera DSLR aku. Aku tak boleh upload semua sebab nanti susah nak buka page ni. Apa yang penting di sini ialah untuk fahami konsep nilai dalam Shutter Speed terhadap imej yang dihasilkan dari segi pembekuan pergerakan objek. Gambar yang dipaparkan di bawah ini bermula dari Fast Shutter Speed Image ke Slow Shutter Speed Image.

ISO 3200, Aperture f/5.6, Exposure Time: 1/2500s

ISO 3200, Aperture f/5.6, Exposure Time: 1/1000s

ISO 3200, Aperture f/10, Exposure Time: 1/250s

ISO 3200, Aperture f/16, Exposure Time: 1/100s

ISO 3200, Aperture f/20, Exposure Time: 1/60s

ISO 3200, Aperture f/25, Exposure Time: 1/40s

ISO 3200, Aperture f/36, Exposure Time: 1/15s

ISO 3200, Aperture f/36, Exposure Time: 1/6s

Perkara yang dapat aku lihat dengan jelas menerusi praktikal menggunakan Mod Shutter Speed Priority ini ialah, semakin perlahan shutter speed, semakin cerah atau semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke imej. Semakin laju shutter speed, maka semakin jelas objek bergerak dapat ditangkap atau dibekukan.

PRAKTIKAL 2: Aperture - Large VS Small

Untuk praktikal kali ini, aku diminta untuk mengambil gambar menggunakan Mod (A) Aperture dan setting nilai aperture rendah dan tinggi, serta untuk Mod (S) Shutter Speed setting nilai shutter speed atau exposure time rendah dan tinggi untuk mengambil gambar. Pos untuk Praktikal 2 ini aku pecahkan kepada dua bahagian iaitu PRAKTIKAL 2: Aperture dan PRAKTIKAL 2: Shutter Speed. Jadi pos yang ini adalah berkenaan Mod (A), Aperture.

ISO 200, Aperture=f/5.6, Exposure Time=1/40s

ISO 200, Aperture=f/36, Exposure Time=1/1s

ISO 200, Aperture f/5.6, Exposure Time 1/20s

ISO 200, Aperture=f/5.6, Exposure Time=1.6s

Kesimpulannya di sini, apabila menggunakan setting Mod Aperture Priority, imej yang diambil dengan menggunakan mod f/5.6 lebih jelas dan ada bokeh berbanding dengan mod f/36 yang menghasilkan imej yang kabur dan menyakitkan mata. Macam orang rabun dekat.

Depth of field dan aperture saling berkait. Aperture dan bokeh ada kaitan.

Wednesday, January 19, 2011

PRAKTIKAL 1: 'Bokeh'

Minggu ini, untuk subjek Visual Technology Production, ada praktikal menggunakan kamera DSLR. Semua pelajar dikehendaki menggunakan setting M (Manual), untuk ambil gambar yang ada bokeh. Kamera yang aku gunakan ialah Nikon D3000. Lensa 18-55mm, 1:3.5-5.6.

Pertama, aku ingin merakamkan ucapan terima kasih aku kepada En. Fuad sebab banyak bagi tunjuk ajar kepada aku pada hari itu. Di bawah ini ialah gambar En. Fuad. Beginilah suasana di dalam bilik studio.

Shutter Speed: 1/25s, Aperture: f/5.6 ISO: 200.

Asalnya aku hendak low profile, tapi sebab dah ada beberapa orang pelajar tanya aku macam mana nak guna DSLR, maka aku pun wajiblah memberi tunjuk ajar kepada mereka. Aku pun pelajar juga.

Dalam mengambil gambar untuk kali ini, aku cuba bereksperimen untuk mengambil koleksi gambar yang ada bokeh dengan perbezaan Exposure Time atau Shutter Speed. Berikut adalah antara hasil gambar yang berjaya dirakamkan pada hari itu:

ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/200s

ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/200s

ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/160s

ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/40s

Seterusnya aku membuat kajian dan eksperimen antara ISO dengan Aperture, dan ISO dengan Exposure Time menerusi tiga keping gambar di bawah. Antara gambar pertama dan kedua di bawah, aku menjadikan ISO sebagai pemalar, dan Exposure Time sebagai pemboleh ubah, manakala untuk gambar kedua dan ketiga di bawah pula, aku menjadikan ISO sebagai pemalar tetapi kali ini nilai Aperture sebagai pemboleh ubah.


ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/25s

ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/15s

ISO 200, Aperture: f/22, Exposure Time: 1/15s

Perhatikan antara dua keping gambar di atas, apabila nilai Aperture ditingkatan dari 5.6 ke 22, gambar menjadi semakin gelap, biarpun tak ada perubahan dari segi exposure time. Begitu juga dengan nilai shutter speed menerusi exposure time. Semakin perlahan, semakin cerah.

Dari segi kebokehan (wujudkan istilah ini?) aku dapati antara nilai f/22 dengan nilai f/5.6, objek dalam gambar dengan nilai f/5.6 mempunyai kadar kebokehan yang lebih tinggi. Bandingkan antara gambar kedua dengan gambar ketiga di atas, latar belakang gambar kedua ternyata lebih kabur berbanding gambar ketiga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...