Wednesday, January 19, 2011

PRAKTIKAL 1: 'Bokeh'

Minggu ini, untuk subjek Visual Technology Production, ada praktikal menggunakan kamera DSLR. Semua pelajar dikehendaki menggunakan setting M (Manual), untuk ambil gambar yang ada bokeh. Kamera yang aku gunakan ialah Nikon D3000. Lensa 18-55mm, 1:3.5-5.6.

Pertama, aku ingin merakamkan ucapan terima kasih aku kepada En. Fuad sebab banyak bagi tunjuk ajar kepada aku pada hari itu. Di bawah ini ialah gambar En. Fuad. Beginilah suasana di dalam bilik studio.

Shutter Speed: 1/25s, Aperture: f/5.6 ISO: 200.

Asalnya aku hendak low profile, tapi sebab dah ada beberapa orang pelajar tanya aku macam mana nak guna DSLR, maka aku pun wajiblah memberi tunjuk ajar kepada mereka. Aku pun pelajar juga.

Dalam mengambil gambar untuk kali ini, aku cuba bereksperimen untuk mengambil koleksi gambar yang ada bokeh dengan perbezaan Exposure Time atau Shutter Speed. Berikut adalah antara hasil gambar yang berjaya dirakamkan pada hari itu:

ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/200s

ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/200s

ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/160s

ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/40s

Seterusnya aku membuat kajian dan eksperimen antara ISO dengan Aperture, dan ISO dengan Exposure Time menerusi tiga keping gambar di bawah. Antara gambar pertama dan kedua di bawah, aku menjadikan ISO sebagai pemalar, dan Exposure Time sebagai pemboleh ubah, manakala untuk gambar kedua dan ketiga di bawah pula, aku menjadikan ISO sebagai pemalar tetapi kali ini nilai Aperture sebagai pemboleh ubah.


ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/25s

ISO 200, Aperture: f/5.6, Exposure Time: 1/15s

ISO 200, Aperture: f/22, Exposure Time: 1/15s

Perhatikan antara dua keping gambar di atas, apabila nilai Aperture ditingkatan dari 5.6 ke 22, gambar menjadi semakin gelap, biarpun tak ada perubahan dari segi exposure time. Begitu juga dengan nilai shutter speed menerusi exposure time. Semakin perlahan, semakin cerah.

Dari segi kebokehan (wujudkan istilah ini?) aku dapati antara nilai f/22 dengan nilai f/5.6, objek dalam gambar dengan nilai f/5.6 mempunyai kadar kebokehan yang lebih tinggi. Bandingkan antara gambar kedua dengan gambar ketiga di atas, latar belakang gambar kedua ternyata lebih kabur berbanding gambar ketiga.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...