Wednesday, January 26, 2011

PRAKTIKAL 2: Shutter Speed - Fast VS Slow

Praktikal 2 terdiri daripada dua bahagian, pertama mengambil gambar dengan menggunakan setting Mod A (Aperture Priority) dan Mod S (Shutter Speed Priority). Kalau dalam pos sebelumnya aku ada letakkan gambar-gambar yang diambil dengan nilai Aperture yang berbeza, kali ini pula aku letakkan dengan nilai Shutter Speed yang berbeza. Memandangkan hari ini hujan, maka aku memanfaatkan sumber semula jadi iaitu air hujan yang turun mengalir dari tempat-tempat tertentu sebagai bahan eksperimen.

Untuk mengambil gambar dengan nilai Shutter Speed yang bermula berkelajuan 1/4000 saat, aku jadikan nilai ISO 3200 sebagai pemalar. Imejnya walau bagaimana pun terdapat banyak noise atau grain. Berikut adalah beberapa keping gambar yang aku muat naik (upload) dari kamera DSLR aku. Aku tak boleh upload semua sebab nanti susah nak buka page ni. Apa yang penting di sini ialah untuk fahami konsep nilai dalam Shutter Speed terhadap imej yang dihasilkan dari segi pembekuan pergerakan objek. Gambar yang dipaparkan di bawah ini bermula dari Fast Shutter Speed Image ke Slow Shutter Speed Image.

ISO 3200, Aperture f/5.6, Exposure Time: 1/2500s

ISO 3200, Aperture f/5.6, Exposure Time: 1/1000s

ISO 3200, Aperture f/10, Exposure Time: 1/250s

ISO 3200, Aperture f/16, Exposure Time: 1/100s

ISO 3200, Aperture f/20, Exposure Time: 1/60s

ISO 3200, Aperture f/25, Exposure Time: 1/40s

ISO 3200, Aperture f/36, Exposure Time: 1/15s

ISO 3200, Aperture f/36, Exposure Time: 1/6s

Perkara yang dapat aku lihat dengan jelas menerusi praktikal menggunakan Mod Shutter Speed Priority ini ialah, semakin perlahan shutter speed, semakin cerah atau semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke imej. Semakin laju shutter speed, maka semakin jelas objek bergerak dapat ditangkap atau dibekukan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...