
Praktikal 2 terdiri daripada dua bahagian, pertama mengambil gambar dengan menggunakan setting Mod A (Aperture Priority) dan Mod S (Shutter Speed Priority). Kalau dalam pos sebelumnya aku ada letakkan gambar-gambar yang diambil dengan nilai Aperture yang berbeza, kali ini pula aku letakkan dengan nilai Shutter Speed yang berbeza. Memandangkan hari ini hujan, maka aku memanfaatkan sumber semula jadi iaitu air hujan yang turun mengalir dari tempat-tempat tertentu sebagai bahan eksperimen.Untuk mengambil gambar dengan nilai Shutter Speed yang bermula berkelajuan 1/4000 saat, aku jadikan nilai ISO 3200 sebagai pemalar. Imejnya walau bagaimana pun...