Wednesday, January 12, 2011

Week 2: Case Study – Should you buy a DSLR or Point and Shoot Digital Camera?

SITI TANYA, AMIEN JAWAB

From this articles and case study discussion, I learn 4 main important features related to DSLR:
  1. Quality of Image
  2. Tangible Lenses
  3. Depth of Field
  4. Composition
STUDY CASE: Should you buy a DSLR or Point and Shoot Digital Camera?
Siti Noor Photo has registered a short course on photography and she has decided to purchase a digital camera for the course. She already has the Point and Shoot Digital camera and now she is in dilemma whether she should buy the Digital Single‐ Lens Reflex (DSLR) camera. Following is her thought:

"I’m using a compact point and shoot digital camera and i would like to ask it is worth it to upgrade to a DSLR camera? How huge a difference do DSLR cameras make compared to compact point and shoot digital camera? What matters the most when buying a digital camera? Is it the image quality, the brand name or the features offered by the camera?.... Oh friends… please assist me on this…”

As students in Visual Technology Production course, discuss in your team this case study and prepare the information in your Blog to assist Siti to solve her dilemma.

QUESTION BY SITI:
ENGLISH: I’m using a compact point and shoot digital camera and i would like to ask it is worth it to upgrade to a DSLR camera? What matters the most when buying a digital camera? Is it the image quality, the brand name or the features offered by the camera?

ANSWER BY AMIEN:
Terima kasih Siti kerana sudi mengemukakan soalan ini kepada saya. Oleh kerana Siti orang Melayu, biarlah saya jawab dalam bahasa yang Siti sendiri fahami.

Pertama, saya cuba memahami situasi Siti. Siti sekarang menggunakan kamera digital Point and Shoot. Apa sebab Siti mahu tukar guna DSLR? Adakah kerana mahukan kepuasan? Atau kerana perasaan cinta Siti terhadap dunia fotografi menyebabkan Siti mahu mencuba DSLR atau kerana mahu ikut trend terkini? Sebenarnya, apa pun perkara yang disebut di atas, patut atau tidak Siti bertukar dari kamera digital point and shoot adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti di bawah:

1. TUJUAN PENGGUNAAN
Kalau Siti mahu jadi seorang photographer profesional, memang patutlah Siti cuba DSLR. Kalau Siti sekadar mahu ambil gambar biasa-biasa sahaja, kamera digital point and shoot yang Siti gunakan sekarang ini sudah sesuai benar. Saya akan terangkan lebih lanjut bahagian dalam perenggan yang akan datang.

Menggunakan DSLR bermaksud Siti harus tahu lebih banyak teori-teori tentang penggunaan kamera, teori, ilmu, kemahiran fotografi dan juga lensa kamera. Kalau tidak, kelebihan DSLR tidak akan digunakan sepenuhnya dan ini merupakan satu kerugian buat Siti.

Dari aspek kualiti, sesetengah Kamera Digital Point To Shoot memiliki megapiksel yang lebih besar berbanding Kamera DSLR. Oleh itu, Siti hendaklah mempertimbangkan apa tujuan Siti mahu menukar ke DSLR.


2. KOS
DSLR ni mahal harganya Cik err... Siti dah kahwin ke belum? Tak apalah, that is only a private question. OK. Kamera Point of Shoot harganya selalu kurang daripada RM1000. Ada yang berharga dalam tiga angka sahaja. Kalau Siti rasa nak berbelanja lebih, belilah DSLR. Nampak lebih stylish.

Membeli DSLR bermaksud membuat pelaburan. DSLR berguna apabila Siti mahu menjana kewangan secara serius atau menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan Siti.

DSLR juga memiliki lensa yang boleh ditukar-tukar untuk membolehkan jenis gambar yang dikehendaki diambil. Ini bermaksud lebih wang akan digunakan apabila membeli DSLR.

Dari segi penjagaan, DSLR memerlukan penjagaan yang lebih dan ini bermaksud, perbelanjaan lebih berbanding kamera digital biasa. Kebanyakan jurugambar profesional memberi kotak khas yang mampu menghindari kamera DSLR mereka dari dijangkiti kulat. Jika Siti serius mahu menyertai dunia fotografi, DSLR adalah satu kepuasan tetapi sebaliknya jika Siti sekadar mahu menangkap gambar yang biasa-biasa atau kenangan, Kamera Digital Point And Shoot sudah mencukupi.


3. ALAT GANTI ATAU ALAT TAMBAHAN JENAMA MUDAH DIDAPATI DAN DISELENGGARA
Nama atau jenama satu-satu kamera digital itu sebenarnya agak kurang penting. Pentingnya mungkin dari segi sudut mendapatkan kit, bekalan atau upgrading sahaja. Saya tak boleh kata Canon lebih baik daripada Nikon, kerana di dunia ini, masih ada penggemar setia DSLR berjenama Canon dan ada juga penggemar setia jenama Nikon.

Nikon dan Canon memang dua jenama paling popular di Malaysia. Ada lagi jenama lain seperti Sony dan Olympus. Apa pun sekarang ini masih ada pihak ketiga yang mengeluarkan lensa yang lebih murah harganya berbanding lensa jenama asal. Contohnya Tamron dan Sigma untuk kegunaan Nikon dan Canon.

Lagi pun DSLR ni susah nak rosak. Brand Canon dan Nikon pula boleh ditemui dengan mudahnya di pelbagai negara.

KESIMPULAN:
Jadi, tentang panduan pembelian kamera, apa yang perlu Siti utamakan ialah tujuan penggunaan dan peruntukan kos yang Siti ada untuk membeli satu-satu kamera.


QUESTION BY SITI:
How huge a difference do DSLR cameras make compared to compact point and shoot digital camera?

ANSWER BY AMIEN:
OK. Siti bertanya tentang soalan Kamera Digital Point and Shoot VS Kamera DSLR. Soalan ini memerlukan saya untuk menyatakan beberapa fakta antara kedua-dua jenis kamera tersebut.

Quality of Image - Imej Kualiti
Overall better image quality. A DSLR has a bigger sensor than a point and shoot, resulting in less noise, faster speeds and better image quality.
Secara keseluruhan, kualiti imej yang diambil menerusi DSLR adalah jauh lebih baik berbanding Kamera Digital Point and Shoot. Ini kerana kamera DSLR memiliki sensor yang lebih besar dan banyak berbanding kamera digital point and shoot.

Depth of Field - Kedalaman subjek
Siti pernah dengar perkataan 'bokeh'? Menurut pensyarah saya, Dr. Zaidatun, itu adalah salah satu perkataan dalam bahasa Jepun. Maksudnya, apabila kita ambil gambar satu objek, latar belakangnya akan menjadi kabur. Inilah antara kelebihan utama DSLR.

Tangible Lenses - Lensa boleh ditukar-tukar mengikut kehendak jurugambar.
Kalau kita hendak ambil gambar makro, kita boleh guna lensa yang khusus untuk makro, kalau kita hendak ambil gambar binatang buas, haiwan liar atau objek yang jauh, kita boleh gunakan lensa telephoto. Sebab itu, kita tidak perlu risau sangat tentang keselamatan jurugambar National Geographic Explorer sebab mereka sebenarnya bukannya berada di sebelah singa atau harimau di Savanna, biarpun dalam televisyen kita nampak macam dekat. Siti kalau beli DSLR, boleh cuba lensa telephoto untuk ambil gambar harimau atau beruang di zoo.

Shutter and focus speeds. - Mengambil objek yang sedang bergerak pantas.
DSLRs can acquire focus very quickly and take multiple shots per second.
Kalau kita hendak ambil imej gambar objek yang bergerak pantas, tentu sukar kalau menggunakan Point of Shoot. Sebab itulah saya menukar ke DSLR, sebab ini akan memudahkan saya untuk ambil gambar aktiviti semasa sukan. Tambahan lagi dengan menggunakan DSLR, kita boleh tukar-tukar flash.

Composition - Kelebihan Viewfinder
Dengan adanya fungsi grid dan viewfinder, lebih mudah untuk kita menetapkan komposisi gambar yang diambil. Terdapat banyak teori, antara teori yang popular ialah teori rule of third. Menerusi Viewfinder, kita akan dapat menghasilkam gambar yang sangat menarik untuk dipandang. DSLR ni nampaknya menarik sungguhlah! Betul tak Siti?


QUESTION BY SITI:
Jadi, En. Amien, saya rasa saya nak beli DSLR lah. Kamera jenama apa saya nak beli ni?

ANSWER BY AMIEN:
Hmm... kenapa saya rasa soalan di atas seperti soalan rekaan saya sendiri? Memandangkan Siti belum pernah memiliki DSLR, saya cadangkan Siti membeli kamera DSLR dari kelas Entry Level atau Beginner. Kamera yang saya cadangkan ialah Nikon D3000 untuk budget, Nikon D3100 untuk fungsi. Jenama lain yang saya boleh cadangkan ialah Sony Alpha A200, Sony Alpha A300 and Canon Rebel XS.

Saya sendiri memiliki kamera DSLR beginner Nikon D3000. Oleh sebab masa tu, D3100 belum ada di pasaran, jadi saya belilah D3000. Tapi sekarang D3100 adalah versi kemaskini untuk model D3000, oleh itu harga D3000 dah jatuh. Kalau Siti risau tentang kos, beli sajalah D3000, tapi kalau Siti mahu cuba fungsi terkini, D3100 boleh dijadikan pilihan. Perbezaan ketara antara D3000 dengan D3100 ialah D3000 tidak boleh merakan video, kecuali motion picture, manakala D3100 boleh merakam video. Saya bukan nak ambil video, tetapi foto, oleh itu saya utamakan D3000 dan tidak bercadang hendak membeli D3100. Nanti kalau ada duit lebih pun, saya akan beli kamera kelas pertengahan atau profesional.

Untuk pengetahuan Siti saya bukanlah seorang yang sangat pakar dalam bidang fotografi, oleh itu kebanyakan jawapan saya untuk Siti adalah berlandaskan rujukan saya dari sumber-sumber tertentu.

Untuk pengguna baru DSLR seperti Siti, empat perkara utama yang perlu Siti utamakan dalam membeli kamera DSLR ialah:

1. Ease of Use - Mudah untuk digunakan
Jika kamera DSLR itu mudah untuk digunakan, maka pengguna baru seperti Siti akan dapat menerokai teknik-teknik fotografi menerusi DSLR dengan lebih mudah, dan oleh itu Siti sudah tentu akan tahu apakah fungsi-fungsi dalam DSLR yang Siti mahu utamakan dalam pembelian DSLR. Pendek kata, tujuan membeli DSLR yang pertama ini adalah sebagai tujuan untuk belajar dan memahami selok-belok fungsi DSLR.

2. Value - harga yang berpatutan
Disebabkan kamera DSLR kita yang pertama ini adalah untuk tujuan pembelajaran, maka pastikan harga yang kita peruntukan adalah rendah. Jangan pandang rendah kelebihan DSLR berstatus Entry Level kerana imej yang dihasilkan adalah tetap lebih cantik dan ada 'bokeh'. Ini kerana kamera DSLR Entry Level atau Beginner tetap boleh menggunakan pelbagai fungsi asas untuk sesebuah kamera DSLR.

3. Customer Satisfaction - Testimoni atau Kepuasan Pengguna Sebelum-sebelumnya.
Berdasarkan situasi sekarang, Siti sekarang sedang merujuk saya sebagai pelanggan Nikon D3000. Saya sekarang sudah ada pengalaman dan faham tentang penggunaan DSLR D3000. Kemudian, saya dapati ada model terkini D3000 iaitu D3100. Sebab saya faham apa kelebihan yang ada pada D3100 berbanding D3000 berdasarkan pengalaman saya menggunakan D3000, maka saya cadangkan Siti menggunakan D3100. Cuba sahaja lihat spesifikasi dan fungsi-fungsi kamera Nikon D3100 jika dibandingkan dengan D3000.

4. Features - Kelebihan fungsi yang ada
Bila Siti sudah mahir dengan asas-asas penggunaan DSLR, Siti pasti juga akan mengetahui kalau satu-satu kamera DSLR itu memiliki kelebihan atau kekurangan berbanding DSLR yang Siti gunakan. Kalau Siti ada perasaan inkuiri atau ingin tahu yang tinggi, selepas membuat rujukan tentang model-model kamera DSLR yang Siti kehendaki, Siti bolehlah pergi ke mana-mana kedai kamera DSLR, dan mencuba model-model kamera DSLR yang Siti rasa ingin dibeli.

Terdapat pelbagai bidang dalam dunia fotografi, sama ada Siti mahu menjadi jurugambar khusus dalam bidang macro, sukan atau pemandangan. Ini akan menentukan jenis feature kamera DSLR yang Siti mahukan pada kemudian hari.

Selamat mencuba dan membeli kamera DSLR!

RUJUKAN:
  • http://mansurovs.com/dslr-vs-point-and-shoot-camera
  • http://entry-level-dslr-camera-review.toptenreviews.com
  • http://www.digital-slr-guide.com/best-beginner-digital-slr.html

2 comments:

amboi... banyaknya explanation... anyway... menarik

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...